PENGENALAN
Hadiah VGB GP Season 1
JADUAL
format & peraturan
FAQ

VG Bahasa Grand Prix 2023 Season 1
Format & Peraturan

Syarat Kelayakan Semua pemain layak untuk bertanding di VGB GP 2023
Bahasa Hanya kad edisi Bahasa boleh digunakan.
Dek & Kad
    Semua kad versi Bahasa yang dijual dan dipasarkan secara rasmi sebelum atau pada hari pertandingan boleh digunakan.
    Peserta diwajibkan untuk mendaftar dek (menghantar senarai dek) apabila mendaftar untuk pertandingan, sebarang percanggahan antara senarai dek dan dek yang digunakan di dalam pertandingan akan dikenakan penalti.
    Ride dek VG-D akan digunakan di dalam format ini. Peserta dikehendaki menandak dek ride anda di dalam senarai dek anda.
    Semua peserta harus menggunakan dek yang sama sepanjang pertandingan.
    Sila rujuk peraturan pertandingan yang terkini di laman yang berikut: https://cf-vanguard.my/peraturan/ https://cf-vanguard.id/peraturan/
Sleeve
    Peserta dikehendaki menggunakan sleeve kad legap supaya bahagian belakang kad sukar dibezakan.
    Oversleeve dengan kemasan Matte di satu muka dan kemasan Gloss di satu muka adalah dibenarkan. Tetapi, kemasan Matte perlulah seragam secara keseluruhan, sama ada di muka hadapan atau belakang. Oversleeve yang mempunyai corak atau border adalah tidak dibenarkan.
    Peserta tidak dibenarkan menggunakan sleeve saiz Standard untuk dek utama.
    Semua sleeve kad harus mempunyai reka bentuk yang sama kecuali dinyatakan sebaliknya .
Pengecualian: Peserta HARUS menggunakan sleeve kad yang berbeza untuk dek utama dan Ride dek anda.
Peraturan & Format
    Individual / format Standard (VG-D)
    25min/pusingan
    1 Terbaik, Swiss (Jumlah pusingan bergantung pada jumlah peserta)
    8 Terbaik (atau 16 Terbaik bergantung kepada jumlah peserta dan jadual),
    1 Terbaik, Penyingkiran Tunggal.
Polisi Tamat Masa
    Sehingga 8/16 Terbaik : Masa tamat dianggap sebagai kalah kepada dua-dua pihak. Pengadil boleh beri masa tambahan jika terdapat masa yang terhutang ketika dalam pusingan.
    Untuk 8/16 terbaik → 4 Terbaik : Giliran tambahan diberi mengikut peraturan yang berikut:
      1. Peserta harus berhenti bermain apabila masa sudah tamat (walaupun peserta berada di dalam giliran mereka) dan memanggil pengadil.
      2. Setelah mendapat kebenaran pengadil, peserta akan meneruskan perlawanan (satu giliran untuk setiap peserta).
      3. Di dalam situasi di mana pemenang tidak boleh ditetapkan selepas melebihi “2”, fighter yang mempunyai luka yang lebih banyak akan kalah. Jika luka masih sama, ulangi giliran tambahan sebanyak 3 kali sehingga pemenang telah ditetapkan.
    Jika berlaku “kekalahan bersama” pada giliran tambahan, peserta yang menunggu akan gilirannya akan menjadi pemenang. Tiada had masa untuk 4 Teratas.
Barang yang Perlu Dibawa
    ☆Sila bawa dokumen ID anda
    ☆Sila bawa alat tulis sendiri seperti pen
    ☆Peserta perlu mengisi Deck Registration Form dan menghantar senarai dek ketika pendaftaran.