Kejuaraan Pasukan 2023
Format & Peraturan

Format Pasukan dengan 3 anggota. Terbaik daripada 1. Pasukan yang memenangi 2 perlawanan individu terlebih dahulu memenangi pusingan tersebut.
Syarat Kelayakan Semua pemain layak menyertai Kejuaraan Pasukan.
Bahasa Hanya kad Cardfight!! Vanguard Bahasa boleh digunakan.
Dek

Pemain dikehendaki menggunakan dek yang sama sepanjang pertandingan. Penukaran kad tidak dibenarkan antara perlawanan dalam pertandingan.
Setiap pemain dalam pasukan harus bermain dengan negara yang berbeza.

Bayaran Kemasukan

Percuma.

Jika Kejuaraan Pasukan diadakan di dalam konvensyen lain, bayaran kemasukan ke konvensyen berkenaan akan dikenakan.

Sleeve

Peserta dikehendaki menggunakan sleeve kad legap supaya bahagian belakang kad-kad yang digunakan sukar dibezakan.
Oversleeve yang mempunyai kemasan Matte dan Gloss adalah dibenarkan.
Oversleeve dengan corak atau border tidak dibenarkan.

*Peserta tidak dibenarkan menggunakan sleeve saiz standard untuk dek utama.

*Semua sleeve kad mesti mempunyai reka bentuk yang sama kecuali dinyatakan sebaliknya.

*Sleeve kad yang digunakan untuk Ride Dek HENDAKLAH berbeza dengan dek utama.

Polisi Tamat

Pemain diberi 10 minit untuk tamatkan 3 giliran tambahan. Selepas tamat 10 minit atau giliran ketiga, yang mana dahulu, pemenang akan ditentukan berdasarkan yang berikut:
Pemain yang mempunyai luka yang kurang menang perlawanan. Jika luka adalah sama, perlawanan berakhir dengan dua kekalahan/double-loss.

Dalam Pertandingan Teratas, pemain diberi 10 minit untuk tamatkan 3 giliran tambahan.  Selepas tamat 10 minit atau giliran ketiga, yang mana dahulu, pemenang akan ditentukan berdasarkan yang berikut:
Pemain yang mempunyai luka yang kurang akan menang. Jika luka adalah sama, kedua-dua pemain akan terus bermain sehingga berlaku luka atau sembuh. Pemain yang mempunyai luka yang kurang akan menang.