PENGENALAN
haDIAH
jadual
format & peraturan
FAQ

NASIONAL 2024

Adakah kad edisi bahasa lain dibenarkan di dalam pertandingan?

Tidak, hanya kad Cardfight!! Vanguard Bahasa boleh digunakan di pertandingan utama ini.

Bolehkah saya menukar dek dan/atau kad di dalam pertandingan?

Peserta TIDAK dibenarkan menukar dek atau kad di dalam pertandingan ini.

Perlukah saya menggunakan sleeve kad? Bolehkah saya menggunakan sleeve yang berbeza untuk Ride Dek saya?

Ya, anda dikehendaki menggunakan sleeve kad legap supaya bahagian belakang kad sukar untuk dibezakan. Maksimum 2 lapisan sleeve dibenarkan. Sleeve kad untuk Ride Dek anda HENDAKLAH berbeza dengan sleeve kad untuk dek utama anda.

Adakah saya perlu membayar bayaran kemasukan?

Tidak ada.

Jika saya bukan warganegara di mana-mana negara yang menganjurkan VG Bahasa NASIONAL 2024 , tetapi saya sedang menetap di negara tersebut, bolehkan saya menyertai VG Bahasa NASIONAL 2024 ?

Ya, anda boleh menyertai VG Bahasa NASIONAL 2024 di negara yang anda sedang menetap tanpa mengira warganegara anda.

Jika saya bukan warganegara di negara yang mengadakan VG Bahasa NASIONAL 2024 , dan saya TIDAK menetap di mana-mana negara tersebut, bolehkan saya menyertai VG Bahasa NASIONAL 2024 ?

Ya, anda boleh menyertainya. Pemenang layak ke atas semua hadiah yang dimenangi tanpa mengira warganegara anda.