PENGENALAN
Hadiah VGB GP Season 1
JADUAL
format & peraturan
FAQ

VG Bahasa Grand Prix

Pengenalan

VG Bahasa Grand Prix adalah sebuah pertandingan yang berprestij di mana pemain-pemain terbaik dari Malaysia dan Indonesia berkumpul untuk bertanding sesama mereka di dalam perlawan kad! Pertandingan ini merangkumi beberapa pusingan kelayakan, dan pemenang akan maju ke pusingan akhir sehingga seorang peserta mendapat gelaran juara. VG Bahasa Grand Prix adalah satu pertandingan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh komuniti Cardfight!! Vanguard Bahasa, dan memenanginya adalah satu pencapaian yang hebat dan membanggakan.

Pertandingan ini akan dibahagikan kepada 2 tahap : Regional Championship, dan GP Finals (Jemputan sahaja).

Peserta 4 Terbaik dari Season 1 dan Season 2 dari Indonesia akan menerima jemputan bersama tajaan ke GP Finals, yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada Disember 2023. Pemenang tempat ke-5 hingga ke-8 akan menerima jemputan tanpa tajaan ke GP Final.